![]() |
Sumber : Weibo |
Berikutan dari pengumuman itu, kotak siri iPhone 13 tanpa plastik telah pun tersebar di arena web. Memperlihatkan bagaimana reka bentuk kotak baru tanpa plastik.
![]() |
Sumber : Weibo |
Pembalut plastik yang dibuang akan digantikan dengan tape kertas koyak yang dilekatkan pada penutup di bahagian atas kotak. Memerlukan pengguna untuk menarik tape kertas koyak untuk membukanya. Selain itu ia juga berfungsi untuk menandakan kotak tersebut masih belum dibuka.
Apple turut menjelaskan bahawa dengan membuang pembalut plastik pada kotak siri iPhone 13 akan menjimatkan 600 tan metrik plastik. Dan Apple turut merancang untuk tidak menggunakan pembalut plastik pada semua produknya menjelang tahun 2025.