Close

Papan iklan Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro diperlihatkan

Pada minggu lalu, Google telah pun memuat naik video teaser mengenai Pixel 6 Pro yang digunakan di dunia sebenar selama 30 saat yang bertujuan sebagai salah satu bentuk pemasaran. 

Kempen pemasaran bagi siri Google Pixel 6 tidak terhenti di situ malahan semakin rancak apabila Google mula menaikkan papan iklan berkenaan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro di seluruh bandar Amerika Syarikat.

Melalui papan iklan yang diperlihatkan, terpampang gambar Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dengan reka bentuk depan dan belakang didedahkan. Menggunakan Android 12 dengan antara muka “Material U” berserta bar carian dan ikon bertema warna dinamik. Menurut jurugambar David Urbanke melalui Twitternya mengatakan papan iklan ini boleh didapati di New York, Los Angeles dan San Francisco.

Selain dari papan iklan, Google turut meletakkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro di ruangan kaca dengan panel belakang didedahkan di Google Store NYC. Dengan latar belakang bertemakan warna peranti dan terdapat kapsyen “Google Pixel 6 Pro” dan “Coming Fall 2021” yang menandakan hari pelancaran peranti tersebut. Tidak ketinggalan Google turut meletakkan kod QR dibahagian bawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk. 

Teknik pemasaran Google bagi siri Pixel 6 kali ini sedikit berbeza, apabila Google sendiri mendedahkan reka bentuk peranti walaupun ia belum lagi dilancarkan. Adakah teknik ini berjaya, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN