Close

Pengguna iPhone dilaporkan kurang berminat dengan iOS 15

Pada acara pelancaran siri iPhone 13 yang lalu, Apple turut menggumumkan yang kemaskini iOS 15 akan mula tersedia secara umum pada 21 September. Apple turut memberikan senarai pendek peranti yang menyokong iOS 15.

Seperti kebiasaan, keterujaan untuk menjadi yang terkini sentiasa ada. Namun, tidak pada iOS 15. Menurut Mixpanel, selepas 48 jam iOS 15 dilancarkan hanya 8.5% pengguna yang mengemaskini berbanding pada waktu sama untuk iOS 14 yang mencatatkan 14.5%.

Walaubagaimanpun data tersebut bukan dikeluarkan oleh Apple untuk iOS 15, tetapi Mixpanel memperolehi data melalui dari mobile analytics SDK. Iaitu cara yang sama digunakan pada tahun lalu untuk iOS 14.

Jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh iOS 14, dengan beberapa ciri baru seperti Widget dan App Library yang menjadi salah satu keterujaan berbanding pada iOS 15. Jadi tidak hairanlah jika pengguna awal iOS 15 dilihat menurun. Berdasarkan dari laporan Apple pada bulan Jun, sebanyak 85% pengguna kini menjalankan iOS 14.

Pada iOS 15 Apple menfokuskan kepada penambahbaikkan, dan Apple juga memberikan pengguna dua pilihan iaitu naik taraf ke iOS 15 atau hanya menaik taraf sistem keselamatan sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN