Close

Perkara yang anda perlu tahu tentang siri iPhone 13


Apple akhirnya mengumumkan barisan baru iPhone mereka iaitu siri iPhone 13 yang menampilkan empat varian seperti mana yang tertiris sebelum ini. Namun kita akan menfokuskan kepada dua varian iaitu iPhone 13 dan iPhone 13 mini.


Secara keseluruhan reka bentuk iPhone 13 dan iPhone 13 mini tiidak banyak berubah dari iPhone 12 dan 12 mini, namun ia menawarkan peningkatan dari segi spesifikasi.

 


iPhone 13 dan 13 mini di jana dengan cip Bionic A15 5nm yang menawarkan peningkatan pretasi CPU sehingga 50% lebih pantas dan prestasi GPU sebanyak 30% lebih padu berbanding persaing.



Dari segi skrin, iPhone 13 dan 13 mini hadir dengan Super Retina XDR menggunakan paparan 60Hz. 28% lebih terang, mempunyai 800 nit kecerahan, menyokong HDR10, HLG serta Standard Dolby Vision.

Selain itu, kapasiti bateri turut dipertingkatkan pada iPhone 13. Apple mendakwa iPhone 13 mampu bertahan 2.5 Jam lebih lama berbanding pada.


Bercakap mengenai kamera, dengan Bionic A15 yang baru ia mempunyai 16 teras neural enjin dan  turut dimuatkan dengan teknologi kamera iPhone 12 Pro Max. 

Fungsi seperti sensor-shift membawakan peningkatan pada mod malam yang lebih. Tidak ketinggalan cinematic mode juga diperbaharui untuk memudahkan pengguna mengunah fokus ketika merakam video yang turut menyokong audio dolby vision.

Bagi pilihan konfigurasi, iPhone 13 dan 13 mini membawakan storan bermula 128GB, 256GB dan 512GB. Harga bagi iPhone 13 bermula dari RM3,899 dan iPhone 13 mini pula ialah RM3,399.

ARTIKEL BERKAITAN