Close

Pilihan warna dan storan siri iPhone 13 tertiris sebelum hari pelancaran

Apple telah pun mengumumkan hari pelancaran siri iPhone 13 iaitu pada 14 September ini . Terdapat banyak laporan mengenai iPhone 2021 telah pun tertiris dan kebanyakkan pengguna mengetahui hal itu. Seperti kita tahu, siri iPhone 13 akan dilengkapi dengan takuk yang lebih kecil, paparan 120Hz dan juga sistem kamera yang baru.

Dengan hari pelancaran tinggal beberapa sahaja lagi,  sebuah laman web E-dagang di Ukraine secara tidak sengaja telah menyenaraikan model iPhone 13 berserta pilihan warna dan storannya.

Menurut dari senarai pada laman web Ukraine tersebut, iPhone 13 mini akan menampilkan enam pilihan warna iaitu Black, Blue, Purple, Pink, White, dan Red (PRODUCT ). Dan tersedia dalam dua pilihan storan iaitu 64GB dan 128GB.

Bagi iPhone 13 pula, ia turut hadir dengan enam pilihan warna yang sama seperti mini, dengan pilihan storan dalam 128GB dan 256GB. iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Black, Silver, Gold, dan Bronze menurut dari laman web. Untuk storan dalaman, model Pro hadir dengan 128GB dan 256GB sementara Pro Max hadir dengan 256GB dan 512GB.

Nampaknya tiada pilihan storan dalaman 1TB pada siri iPhone 13 kali ini. Walaupun sebelum ini terdapat laporan mengatakan yang siri iPhone 13 akan mempunyai storan sehingga 1TB. Sama-sama kita nantikan hari pelancarannya pada 15 September 1 Pagi waktu Malaysia.

(Sumber)

Translation rHari pelancaran siri iPhone 13 semakin hampir iaitu kurang dari semingg

ARTIKEL BERKAITAN