Close

realme Pad akan diperkenalkan secara rasmi pada 9 September ini

Kali pertama maklumat mengenai realme Pad tertiris adalah pada bulan Jun yang lalu, dan akan dilancarkan pada 9 September ini. Yang mana acara perlancaran tersebut akan disertai oleh beberapa peranti lain iaitu realme 8i dan 8s 5G.


Berkisarkan tentang realme Pad, dari segi reka bentuk realme Pad akan hanya mempunyai tebal sekitar 6.9mm, namun dari segi berat keseluruhan ianya tidak diberitahu. realme turut menyatakan dengan reka bentuk ringan ia memudahkan penggunaan di mana sahaja untuk bekerja mahupun untuk e-learning.

Sumber : OnLeaks@91Mobile

realme turut mendakwa tablet pertamanya akan menawarkan pengalaman audio-visual terbaik, dengan visual dan suara tahap sinematik serta skrin yang luar biasa. Pengalaman membaca elektronik yang menakjubkan dan juga skrin yang mesra mata.

Walabagaimanapun realme tidak mendedahkan spesifikasi utama realme Pad. Namun melalui laporan Geekbench, realme Pad akan dilengkapi dengan Helio G80 SoC, 4GB atau 6GB RAM, storan dalaman 64GB dan menjalankan Android 11.

relame telah mewujudkan satu laman web khas bagi realme Pad di laman webnya. Dan akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai tablet pertama mereka pada 5 September.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN