Close

realme Pad kini rasmi – Dijana MediaTek Helio G80 dan bateri 7100mAh dengan harga mencecah RM1,015


realme melancarkan satu lagi segmen dibawah jenama mereka iaitu realme Pad, yang mana ianya dilihat seiring dengan hala tuju realme untuk memperluaskan lagi ekosistem mereka yang sedia ada.

Di lihat dari spesifikasi, realme Pad dilengkapi dengan skrin IPS LCD bersaiz 10.4 inci dengan berat sekitar 440g dan tebal 6.9mm. realme mengatakan yang rekaan yang nipis dan ringan ia sesuai untuk digunakan di mana-mana dan sesuai bekerja mahupun pembelajaran.

realme Pad dijana dengan cip MediaTek Helio G80 dipadakan dengan RAM sehingga 4GB, serta storan dalaman sehingga 64GB yang turut menyokong slot microSD. 

Untuk fotografi, realme Pad membawakan kamera utama 8MP dan kamera swafoto 8MP. Bateri 7100mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 18W serta pengecasan berbalik.

Antara fungsi lain yang dibawakan realme pada realme Pad adalah seperti empat pembesar suara, kerangka Aluminium, sokongan dolby atmos, dan menjalankan realme UI berasakan Android 11 yang  khusus untuk tablet.

 realme Pad turut ditawarkan dalam dua varian, iaitu WiFi dan LTE+WiFi. Untuk versi WiFi 3GB+32GB dijual pada tanda harga RM789 (Rs13999), bagi versi LTE+WiFi 3GB+32GB adalah RM900 (Rs15999) dan bagi versi LTE+WiFi 4GB+64GB pula adalah RM1,015 (Rs17999).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN