Close

Reka bentuk realme Pad diperlihatkan – Saiz yang nipis dan berkotak seperti iPad Pro

Desas-desus mengenai realme bakal memasuki segmen tablet nampaknya adalah benar. Yang mana sebelum ini telah  tertiris maklumat awal mengenai tablet dari realme iaitu realme pad di arena web. Berikutan permintaan tablet kini semakin tinggi semenjak Pandemik COVID 19 melanda.

Ketua Pegawai Eksekuti Realme India dan Eropah iaitu Madhav Sheth telah berkongsi imej rekaan rasmi realme Pad melalui Twitternya. Melalui imej yang dikongsi, realme Pad bakal membawakan rekaan yang nipis dengan kapsyen”Slimness at its best” pada imej tersebut.

Dari spesifikasi yang telah disahkan, tablet pertama dari realme ini akan dikuasakn oleh MediaTek Helio G80, skrin 10.4 inci FHD IPS LCD dengan bateri sebesar 7,100mAh.

realme Pad dijangka akan dilancarkan pada 9 September yang akan disertai oleh realme 8i dan 8s. Beberapa produk IoT akan turut berkongsi pentas dalam acara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN