Siri Google Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada 28 Oktober ini - FUZZ.MY

Wednesday, September 1, 2021

Siri Google Pixel 6 dijangka akan dilancarkan pada 28 Oktober ini

 


Desas-desus mengenai hari pelancaran siri Google Pixel 6 telah tersebar di arena web. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan yang siri Google Pixel 6 akan dilancarkan sehari sebelum pengumuman siri iPhone 13 iaitu 13 September.



Terkini menurut Jon Prosser dari Front Page Tech yang sebelum ini telah membocorkan maklumat mengenai hari pelancaran dan harga bagi Pixel 5a, siri Google Pixel 6 akan dilancarkan pada 28 Oktober. Bukan pada 13 September seperti yang tertiris di arena web.


Jon Prosser turut mengatakan yang pra tempahan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro akan berlangsung pada hari Selesa iaitu 19 Oktober dan pelancaran akan berlangsung pada hari Khamis, 28 Oktober. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah acara rasmi #MadeByGoogle untuk siri Pixel 6 akan dibuat.


Melalui maklumat yang telah tertiris, siri Google Pixel 6 akan hadir dengan cip Tensor, pengimbas cap jari dibawah skrin, dan kamera utama 50MP. Siri Google Pixel 6 merupakan peranti Google pertama yang menggunakan cip yang direka sendiri oleh Google dengan kerjasama Samsung.


(Sumber)