Close

Siri iPhone 13 berwarna ‘Pink’ habis dijual dalam masa tiga minit

Apple secara rasminya memperkenalkan siri iPhone 13 pada 14 September dan pra tempahan pertama siri iPhone 13 adalah bermula pada 17 September.

Namun sebelum hari penjualan rasmi, siri iPhone 13 telah pun mempunyai hampir sejuta temu janji di kebanyakkan kedai rasmi. Dan melalui data temu janji dan pra-tempahan menunjukkan bahawa warna pink siri iPhone 13 adalah yang paling popular.

Menurut laporan baru-baru ini dari platform rasmi Tmall, siri iPhone 13 warna pink telah habis dijual dalam tempoh masa kurang dari tiga minit. Tmall dikendalikan oleh Apple yang turut menjual semua model iPhone, iPad, Mac dan produk Apple yang lain. 

Dalam masa yang sama Tmall juga menyediakan perkhidmatan pra-tempahan dan perkhidmatan selepas jualan. Selain itu, Tmall juga mempunyai lebih banyak produk berbanding kedai rasmi yang lain. Sehingga hari ini lebih dari 4 juta pengguna telah membuat temu janji untuk siri iPhone 13 di Tmall.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN