Close

Siri Xiaomi 11T hadir dengan paparan 120Hz, kamera 108MP dan pengecasan pantas 120W


Xiaomi memperbaharui siri utama mereka dengan dua model “T” iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro merupakan pengganti kepada Mi10T dan Mi 10T Pro. Terdapat perbezaan untuk model “T” yang mana menawarkan harga yang lebih mampu milik berbanding model bukan “T”.

Xiaomi 11T Pro, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci resolusi FHD+ paparan 120Hz dengan kadar persampelan sentuhan 480Hz. Turut menyokong kandungan HDR10+ dengan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Untuk pelindungan skrin ia menggunakan Gorilla Glass Victus.
Dari segi spesifikasi dalaman, Xiaomi 11T Pro dikuasakan oleh Snapdragon 888 dan digabungkan dengan RAM LPDDR5 sehingga 12GB  dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Mempunyai sistem penyejuk cecair dan motor linear paksi -X dengan sistem haptik.



Untuk sistem kamera, ia masih menggunakan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 108MP ultra lebar, 8MP sudut ultra lebar dan 5MP telemakro tidak ketinggalan kamera swafoto bersaiz 16MP. Kamera siri Xiaomi 11T Pro turut mempunyai ciri menarik seperti Audio Zoom, mod Ai Cinema, rakaman video sehingga 8K, HDR10+ dan telemakro.


Melengkapkan peranti, ia dimuat dengan bateri sebesar 5000mAh yang turut menyokong pengecasan Xiaomi HyperCharge 120W yang mampu mengecas penuh hanya dalam 17 minit sahaja. Ciri lain yang dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.2, WiFi 6, NFC , pengimbas cap jari pada butang kuasa dan lain-lain lagi.


Seterusnya, pada Xiaomi 11T ia membawakan skrin dan resolusi yang sama iaitu skrin AMOLED 6.67 inci FHD+ dan paparan 120Hz. Turut menyokong kandungan HDR10+ serta pelindung Gorilla Glass Victus. Ia dikuasakan oleh cip Mediatek Dimensity 1200 Ultra 6nm 5G, RAM LPDDR5 sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.
Xiaomi 11T turut membawakan kapasiti bateri sebesar 5000mAh namun hanya menyokong pengecasan pantas 67W dengan 36 minit masa mengecas penuh. Untuk kamera pula ia membawakan tetapan tri- kamera dengan sensor utama 108MP ultra lebar, 8MP sudut ultra lebar dan 5MP telemakro tidak ketinggalan kamera swafoto bersaiz 16MP. Ciri lain yang dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.2, WiFi 6, NFC , pengimbas cap jari pada butang kuasa dan lain-lain lagi.


Xiaomi 11T Pro ditawarkan dalam tiga konfigurasi iaitu 8GB/128GB, 8GB/256GB dan 12GB/256GB dengan harga bermula dari RM3,190 (EUR649). Sementara Xiaomi 11T pula ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu 8GB/128GB dan 8GB/256GB dan harga bermula dari RM2,452 ( EUR499).

ARTIKEL BERKAITAN