Close

Skor DxOmark iPhone 13 Pro sekadar di tempat keempat

DxOmark hari ini memperlihatkan skor bagi iPhone 13 Pro. Yang mana Apple telah menggunakan sensor kamera yang serba baru yang jauh lebih baik terutama pada kamera utama iPhone 13 Pro dan Pro Max.

Dengan skor yang diberikan oleh DxOmark iaitu 137 pada iPhone 13 Pro telah meletakkan iPhone generasi baru itu berada dikedudukan keempat dibelakang Huawei Mate 40 Pro + yang mendapat skor 139.

Skor keseluruhan itu di bahagikan kepada tiga bahagian ujian iaitu foto, zum dan juga video. Pada ujian foto iPhone 13 Pro mendapat skor 144, dikuti dengan zum 76 dan video 119. 

Secara keseluruhan kemampuan kamera pada iPhone 13 Pro adalah serupa dengan iPhone 12 Pro walaupun dengan beberapa peningkatan yang ketara. Namun pada kemampuan video, iPhone 13 Pro membawakan peningkatan yang lebih baik dari segi autofokus berbanding model terdahulu.

Buat masa ini tempat pertama masih lagi dipegang oleh Huawei P50 Pro dengan skor 144, diikuti Xiaomi 11 Ultra 143 dan Huawei Mate 40 Pro + dengan 139.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN