Close

TikTok kini mencapai 1 billion pengguna bulanan yang aktif

Tidak dapat dinafikan bahawa TikTok merupakan aplikasi yang berjaya menarik perhatian pada kebanyakkan pengguna telefon pintar di seluruh dunia. Walaupun terdapat sekatan politik di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan India.

TikTok hari ini mengumumkan bahawa ia kini mempunyai 1 Billion pengguna bulanan yang aktif di seluruh dunia. Merupakan aplikasi sosial yang menfokuskan kepada perkongsian video pendek yang dimiliki oleh ByteDance.

Memperlihatkan kejayaan yang diperolehi oleh TikTok, aplikasi sosial lain turut memperkenalkan fungsi yang seakan sama antaranya adalah Instagram dengan fungsi Reels dan Youtube dengan fungsi Short.

Dengan kejayaan 1 Billion pengguna aktif di seluruh dunia, TikTok harus terus kekal relevan untuk terus menjadi aplikasi sosial yang popular pada masa-masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN