Close

Xiaomi 12 mungkin hadir dengan tri-kamera 50MP dan 5x periskop zum

Dalam tiga tahun terakhir, barisan peranti Xiaomi rata-rata menggunakan sensor 108MP termasuklah pada Mi 11 dan Mix 4. Namun, Xiaomi dilihat cenderung untuk menggunakan sensor yang kecil pada ultra lebar dan telefoto dengan kadar julat di antara 8MP atau 13MP.

Untuk generasi seterusnya iaitu Xiaomi 12, akan terdapat kelainan pada konfigurasi kamera. Menurut Digital Chat Station Xiaomi 12 akan membawkan tetapan tiga kamera dengan 50MP kamera utama, 50MP ultra lebar dan 50MP telefoto yang akan menggunakan 5x periskop.

Mengenai spesifikasi pula, Xiaomi 12 dijangka akan hadir dengan skrin LTPO AMOLED paparan 120Hz dan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 898 dengan RAM LPDDR5X.

Xiaomi bukanlah peranti pertama yang hadir dengan kesemua kamera dengan MP yang tinggi. ZTE adalah pengeluar pertama yang tampil dengan kesemua kamera dengan 64MP pada model AXON 30 Ultra.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN