Close

Apple disaman oleh pelajar di China kerana menjual iPhone 12 tanpa palam pengecas

Sejak 2020 iaitu siri iPhone 12, Apple telah mula menjual iPhone mereka tanpa palam pengecas atau EarPods dan hanya menyediakan kabel jenis USB-C ke Lightning sahaja  dalam kotak jualan dan memberi alasan untuk menjaga alam sekitar.

Oleh itu, terdapat 5 pelajar di China yang ambil tindakan untuk saman Apple kerana tidak memberi palam pengecas dalam kotak jualan iPhone 12.

Dalam kenyataan di mahkamah, salah seorang pelajar bernama Xiaofang mengatakan bahawa beliau kecewa Apple tidak memberi palam pengecas buat iPhone 12 Pro Max yang dibeli. Bahkan, kabel jenis USB-C ke Lightning yang diberikan tidak sesuai jika digunakan pada palam pengecas yang diberi pada iPhone sebelumya (USB-A)

Ini bermaksud, pembeli iPhone 12 dan ke atas harus membeli palam pengecas atau MagSafe yang akan memberikan kos tambahan jika mereka tiada palam pengecas USB-C. Pelajar berikut juga menuntut supaya Apple sediakan palam pengecas.

Ini bukan kali pertama Apple disaman kerana tidak memberi palam pengecas. Kerana di Brazil juga terdapat individu yang memfailkan saman terhadap Apple sebanyak $2 juta (RM8.3 juta) kerana tidak memberi palam pengecas dalam kotak jualan iPhone 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN