Close

iPhone SE 3 dilaporkan akan hadir dengan rekaan yang sama

iPhone SE 3 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022. Namun telah ada beberapa maklumat awal mengenainya biarpun ia masih lagi dalam pembikinan.

Menurut dari blog Macotakara Jepun, iPhone SE 3 akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti iPhone SE (2020), bermakna iPhone SE 3 akan hadir dengan skrin bersaiz 4.7 inci dengan bezel yang tebal dan juga Sensor Touch ID.

Peningkatan ketara pada iPhone SE 3 adalah ia akan dijana dengan cip A15 Bionic dan juga rangkaian 5G. Laporan tersebut juga menyebut bahawa pengeluaran iPhone SE 3 dijangka akan bermula pada sekitar Disember 2021 dan akan dimumkan pada musim bunga 2022.

Walaubagaimanapun, ia masih terlalu awal untuk mengatakan yang sumber ini adalah tepat. Dengan masa yang masih panjang mungkin akan ada perubahan yang akan dibuat oleh Apple kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN