Close

Apple umumkan AirPods generasi ke-3 dengan harga jualan RM829

 


Apple
hari ini mengumumkan AirPods baharu generasi ketiga pada acara Apple Event.Yang mana pada acara tersebut Apple turut mengumumkan beberapa lagi produk baru mereka. AirPods 3 atau AirPods generasi ketiga adalah pengganti kepada AirPods sedia ada dan bukannya versi Pro.

Secara keseluruhan AirPods 3 membawakan reka bentuk berasaskan kepada AirPods Pro, namun hadir dengan sokongan yang universal dan juga sokongan Spatial Audio.

Walaupun membawakan reka bentuk berasaskan AirPods Pro,  namun terdapat beberapa perubahan seperti batang yang lebih pendek, tiada sokongan silikon tips yang boleh disesuaikan dan bukan jenis In Ear seperti AirPods Pro.

AirPods 3 membawakan sokongan Spatial Audio, Adaptive EQ dan juga Audio Dolby Atmos. Selain itu, ia juga hadir dengan cip H1 untuk kualiti yang lebih baik berbanding model terdahulu. Turut menyokong codec AAC-ELD serta mikrofon yang menyokong kualiti audio definisi tinggi.

Untuk jangka hayat bateri, AirPods 3 mampu bertahan sehingga 6 jam pengguna biasa dan 5 jam dengan Spatial Audio, sementara dengan pod pengecasan ia mampu bertahan sehingga 30 jam. AirPods 3 turut menyokong pengecas Magsafe dan ciri Find My

Dari segi ketahanan, ia mempunyai pelindungan IP4X untuk percikan air dan peluh. AirPods 3 akan dijual pada tanda harga sekitar RM829 dan akan dijual untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN