Close

ASUS ROG Phone 5s kini rasmi di Malaysia – Dijana Snapdragon 888+ dengan harga mencecah RM4999

 

Asus hari ini mengumumkan peranti permainan baru mereka kemaskini kepada Asus ROG Phone 5.  Membawakan dua varian iaitu ROG Phone 5s dan juga ROG Phone 5s Pro. ROG Phone 5s menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga fungsinya.

Siri ROG Phone 5s hadir dengan skrin bersaiz 6.78 inci FHD+  AMOLED, paparan 144Hz serta menyokong kandungan HDR10+. Dikuasakan dengan Snapdragon 888+ , digabungkan dengan RAM sehingga 18GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Kapasiti bateri yang sama iaitu 6000mAh dengan teknologi dua sel bateri serta pengecasan pantas HyperCharge 65W.



Pada bahagian kamera, Asus ROG Phone 5s dan 5s Pro menggunakan tetapan tri-kamera dengan kamera utama 64MP , 13 MP kamera sudut lebar dan 5 MP kamera mikro. Untuk kamera swafoto ia menggunakan sensor 24 MP. Kesemua akesories yang ditawarkan pada Asus ROG Phone 5 boleh digunakan pada siri Asus ROG Phone 5s tanpa sebarang masalah.


Bagi anda yang ingin memiliki siri Asus ROG Phone 5s, pra tempahan akan dibuka bermula pada 8 Oktober sehingga 24 Oktober. Setiap pra tempahan akan menerima ROG Strix GO 2.4 yang bernilai RM749.


Harga rasmi ROG 5s di Malaysia :

  • 8GB + 128GB = RM2999
  • 16GB + 256GB = RM3799
  • 18GB + 512GB = RM4999 (Pro)
Jika anda mahukan tawaran percuma AeroActive Cooler, ia hanya tersedia buat varian 18GB RAM sahaja, manakala untuk 8GB dan 16GB RAM tidak datang sekali dengan AeroActive Cooler.

ARTIKEL BERKAITAN