Close

Cip Google Tensor adalah 80% lebih pantas berbanding cip Pixel 5

Google telah pun mengumumkan generasi Pixel seterusnya iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Menampilkan reka bentuk yang serba baru dan juga hadir dengan cip khas iaitu Tensor.

Menurut Google, cip yang digunakan pada siri Pixel 6 adalah 80% lebih pantas dari cip yang digunakan pada Pixel 5 iaitu Snapdragon 765 5G. Dari segi pretasi grafik pula, siri Pixel 6 adalah 370% lebih pantas dari pada grafik Pixel 5. Google turut menyatakan yang reka bentuk ini adalah paling efisien dalam mengawal beban kerja sederhana seperti membuka kamera atau melayari laman web.
Walaupun begitu, masih ada beberapa perincian prestasi yang belum lagi didedahkan oleh Google, seperti penanda aras yang dioptimumkan untuk AI. Yang mana pembinaan Tensor adalah menfokuskan kepada kecerdasan buatan.

ARTIKEL BERKAITAN