Close

Fungsi memindahkan perbualan WhatsApp dari iOS ke Android kini menyokong buat semua fon dengan Android 12

Sebelum ini WhatsApp telah pun membawakan fungsi pemindahan chat daripada iOS ke Android, walaubagaimanapun fungsi tersebut terhad kepada model Samsung yang menjalankan Android 10 dan ke atas.

Terkini, fungsi tersebut telah diperluaskan kepada semua Google Pixel. Namun apa yang lagi menarik adalah fungsi ini juga akan dapat digunakan pada semua model Android yang menjalankan Android 12. Tidak lagi terhad kepada peranti Samsung dan Google memandang kemaskini Android 12 bakal tiba pada kebanyakkan peranti Android dalam beberapa bulan lagi.

 

Proses pemindahan chat dari iOS ke Android adalah sangat mudah. Anda hanya perlu menyambung kedua-dua peranti menggunakan Lightning ke USB-C. Kemudian anda perlu mengimbas kod QR pada iPhone dan selepas itu tunggu sehingga proses selesai.

Ia merupakan fungsi yang ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna. Dengan hadirnya fungsi ini, ia sangat memudahkan pengguna untuk menukar peranti tanpa kehilangan data atau chat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN