Close

Genshin Impact kini menyokong 120fps pada iOS

Permainan RPG popular iaitu Genshin Impact telah mengeluarkan kemas kini versi 2.2 untuk iOS. Kemas kini ini juga membawakan beberapa watak baru, kawasan dan juga penambahan kandungan permainan. Tetapi apa yang paling menarik adalah kini ia mempunyai pilihan untuk 120fps.

Dengan hadirnya fungsi 120fps, ia menjadikan peranti Apple sebagai yang pertama hadir dengan dua sokongan fps iaitu 60fps dan 120fps. Sementara pada platform lain seperti PC, konsol dan juga Android hanya terhad kepada 60fps sahaja buat masa ini.

Walaupun begitu, buat masa ini hanya dua model dari Apple sahaja yang menyokong 120fps iaitu iPhone 13 Pro, Pro Max dan model iPad Pro baru.

Fungsi 120fps dijangka akan hadir pada pelbagai platform kelak, memandangkan ia sudah pun tersedia pada versi telefon pintar, Yang mana platform seperti PC, konsol dan Android dilihat tidak mempunyai masalah untuk menjalakan fungsi 120fps.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN