Close

Google dilaporkan sedang membangunkan cip Tensor generasi kedua

Seperti kita tahu siri Google Pixel 6 dipasarkan dengan cip yang direka khas oleh Google iaitu Tensor. Walaupun baru sahaja melancarkan cip Tensor generasi pertama, terdapat ura-ura mengatakan yang Google sedang membangunkan cip Tensor generasi kedua.

 Menurut dari 9to5Google yang merujuk kepada kod sumber dari Pixel 6 yang menyebut kod nama “Cloudripper” yang dikatakan kod nama bagi cip Tensor Generasi kedua. 

 

Namun menurut dari pasukan penyelidik, Cloudripper bukanlah nama cip atau nama Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 7. Tetapi ia berkemungkinan kod platform yang akan digunakan untuk menguji cip tersebut yang membawa nombor model “GS201”.  Di mana kod nombor model semasa Tensor adalah GS101.

Tidak hairanlah jika laporan ini adalah benar, kerana cip Tensor generasi pertama dilihat berjaya melakukan kerja yang Solid. Ia juga mungkin permulaan yang panjang untuk Google menghasilkan model seterusnya dengan cip mereka sendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN