Close

Google mengumumkan acara pelancaran siri Pixel 6 pada 19 Oktober ini


Google hari ini mengumumkan tarikh pelancaran  Pixel Fall Launch pada hari Selasa bersamaan 19 Oktober. Yang mana bakal mempersembahkan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro pada acara tersebut.

Kami menjangkakan ia merupakan acara khusus untuk Pixel sahaja, tidak seperti sebelum ini yang mana Google turut membawakan beberapa produk lain untuk di umumkan.

Walaubagaimanapun terdapat kemungkinan Google akan mengumumkan tarikh rasmi Android 12 untuk peranti Pixel pada acara tersebut. Buat masa ini Google telah pun memberikan kemaskini Android 12 stabil untuk AOSP (Android Open Source Project), berdasarkan dari timeline yang diberikan oleh Google kami menjangkakan ia akan tiba beberapa minggu sahaja lagi.

Siri Google Pixel 6 akan menjadi yang pertama akan tampil dengan cip Tensor yang direka oleh Google. Tidak ketinggalan siri Google Pixel 6 turut membawakan reka bentuk yang lebih moden bersama kamera yang menggunakan sensor Samsung. Ia juga akan menjadi peranti pertama dengan Android 12 di luar kotak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN