Close

Google Pixel 6 muncul dalam iklan baru – Namun tiada tarikh mengenai hari pelancaran

Kemunculan generasi baru Google Pixel semakin dinanti. Mana tidaknya, Google secara langsung mempromosikan siri Pixel 6 melalui video dan juga papan iklan di sekitar Amerika Syarikat.

Terkini, Google Pixel 6 telah muncul dalam satu iklan video baru berdurasi 30 saat dengan tajuk “Coming Soon” yang dimuat naik oleh Google Jepun. Mmemperlihatkan ciri utama Pixel 6 seperti reka bentuk, cip Google Tensor dan juga Material UI Android 12. Namun, tiada sebarang tarikh yang diberikan melalui iklan video terbaru itu.

Melalui dari laporan awal, siri Pixel 6 di jangka akan dilancarkan pada 19 Okotober yang mana tarikh tersebut diperlihatkan pada home screen Pixel 6 dan 6 Pro pada teaser sebelum ini. Maklumat terbaru mengenai siri Pixel 6 adalah perincian mod kamera, harga dan juga spesifikasi kamera.

Anggaran harga bagi siri Pixel 6 adalah bermula € 650 (RM3,154) bagi model asas Pixel 6 sementara untuk model Pro akan bermula dari € 900 (RM4,368).

  

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN