Close

Harga jualan Google Pixel 6 tertiris – Bermula sekitar RM3,135


Google baru saja mengumumkan tarikh pelancaran bagi generasi baru Google Pixel iaitu pada 19 Oktober. Google juga telah memperlihatkan reka bentuk dan beberapa spesifikasi asas.

Walaubagaimanapun, Google tidak mendedahkan mengenai harga jualan bagi kedua-dua model iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Namun seorang pengguna dari Reddit iaitu the_amazing_rock telah berkongsi imej mengenai harga Pixel 6.


Melalui imej yang dikongsi, merujuk kepada iklan sebuah peruncit di Jerman iaitu Saturn yang merupakan salah satu peruncit terbesar di Jerman. Harga jualan yang didedahkan adalah  € 649 atau sekitar $ 750 (RM3,135).

Dalam iklan tersebut juga memaparkan, setiap pembelian akan memperolehi satu set Headphone Bose’s Noise-Cancelling 700 secara percuma. Yang mana harga untuk satu set Headphone tersebut adalah sekItar $ 400 (RM1,672).

Merujuk kepada maklumat awal sebelum ini, harga jualan tersebut dilihat sama. Dengan menjangkakan Google akan menjual peranti tersebut dengan harga sekitar $ 750.  Penawaran harga untuk Pixel 6 dilihat sesuai memandangkan Samsung Galaxy S21 dijual pada harga sekitar $ 799 dan $ 749.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN