Close

iOS 15.1 dan iPadOS 15.1 kini boleh dikemaskini – Ciri SharePlay dan ProRes kini tersedia

 


Apple hari ini secara rasmi melancarkan iOS 15.1 dan iPadOS 15.1 kepada umum. Setelah lebih sebulan berada di peringkat ujian. Pengenalan iOS 15 juga membawakan beberapa ciri baru yang telah diumumkan pada acara Unleashed.


Ciri utama pada iOS 15.1 adalah sokongan SharePlay. Yang mana ciri ini pada awalnya akan disertakan dalam kemaskini iOS 15 namun Apple menangguhkan untuk memperhalusi keupayaannya. SharePlay membolehkan pengguna menstrim filem, TV, muzik dan media lain menggunakan FaceTime. Menyokong aplikasi seperti Apple TV, Apple Music, dan Fitness +. 


Selain itu, kemaskini iOS 15.1 membolehkan pengguna merakam video dengan codec ProRes. Yang mana ciri hadir pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Apple juga telah menambah tombol “Auto Makro” bagi menyelesaikan masalah penukaran kamera secara automatik ketika merakam atau mengambil gambar makro.

Pada kemaskini iOS 15.1 juga memuatkan beberapa ciri lain seperti Apple Wallet, Shortcuts, Translate, dan Home. Appel turut menyelesaikan beberapa masalah pepijat pada iOS 15 sebelum ini. Untuk mengemaskini kepada iOS 15.1 anda boleh pergi ke Settings > General > Software Update > Download and install.

ARTIKEL BERKAITAN