iPhone 13 Pro Max menyokong pengecasan sehingga 27W dan model Pro hanya 23W sahaja - FUZZ.MY

Friday, October 1, 2021

iPhone 13 Pro Max menyokong pengecasan sehingga 27W dan model Pro hanya 23W sahaja


Walaupun Apple tidak pernah mengiklankan mengenai sokongan pengecasan pantas pada siri iPhone 13, namun seperti kita tahu Apple telah membawakan peningkatan dari segi pengecasan pantas pada tahun ini.


Terkini, menurut dari ujian yang dilakukan oleh ChargerLAB. model iPhone 13 Pro Max dikatakan menyokong pengecasan pantas sehingga 27W sementara bagi model Pro ia hanya menyokong sehingga 23W.


Ini bermaksud, dengan hanya menggunakan pengecasan pantas yang sesuai dengan output sekurang-kurangnya 30W akan dapat mengecas iPhone 13 Pro Max sehingga 27W.


Selain dari iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 Pro juga menerima sedikit peningkatan dari 20W tahun lalu kini menyokong sehingga 23W menurut ChargerLAB.


(Sumber)