Close

iPhone 14 mungkin hadir dengan pilihan storan sehingga 2TB

Sumber : Jon Prosser

Walaupun siri iPhone 14 akan dilancarkan pada tahun hadapan, namun ura-ura mengenainya telah pun tertiris di arena web. Yang mana terdapat laporan bahawa untuk siri iPhone 14 Apple mungkin akan menggandakan storan dalaman.

Pada tahun ini Apple telah membawakan penawaran storan baru pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max dengan sokongan sehingga 1TB. Dan jika maklumat awal ini tepat, kita bakal melihat Apple bakal membawakan storan dalaman sehingga 2TB pada siri iPhone 14.

Walaupun begitu, laporan tersebut tidak menjelaskan secara spesifik adakah kesemua model akan hadir dengan storan sehingga 2TB atau ia akan tersedia pada model Pro sahaja seperti sebelum ini.

Pada siri iPhone 14 Apple mungkin akan membawakan fungsi kamera baru dan ia mungkin salah satu sebab mengapa Apple meningkatkan storan dalaman. Seperti fungsi kamera baru yang diperkenalkan oleh Apple iaitu ProRes ia hanya boleh digunakan pada model dengan storan 256GB dan ke atas.

Buat masa ini, laporan ini masih terlalu awal untuk dipastikan memandangkan ia bukanlah sumber dari Apple. Selain itu, pelancaran siri iPhone 14 yang masih lambat memungkinkan pelbagai perubahan berlaku.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN