Close

iPhone SE 3 dilaporkan bakal hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci dan rangkaian 5G seawal tahun 2022

Ura-ura mengenai iPhone SE yang seterusnya semakin bertiup kencang. Dengan beberapa pakar tiris mendedahkan beberapa maklumat awal mengenai apa yang bakal dibawa oleh Apple pada iPhone SE 3 kelak.

Melalui laporan sebelum ini, iPhone SE 3 dijangka akan membawakan reka bentuk iPhone XR. Namun perkara itu dinafikan oleh Ross Young melalui dari perkongsian di Twitternya.

Ross Young turut menambah yang iPhone SE 3 akan diumumkan pada awal 2022, mengekalkan reka bentuk iPhone 8 dengan skrin 4.7 inci panel LCD serta sokongan rangkaian 5G.

iPhone SE 3 bakal menjadi peranti dengan rangkaian terpantas melalui 5G dengan harga yang berpatutan dari barisan iPhone sekarang, dan mungkin akan menjadi pilihan pada kebanyakkan pengguna Apple.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN