Close

Kos menghasilkan iPhone 13 Pro adalah sekitar RM2,383 – Lebih tinggi berbanding iPhone 12 Pro


Siri iPhone 13 telah pun mula dijual dikebanyakkan negara dan Malaysia juga tidak terkecuali, dengan pra tempah pertama adalah pada 1 Oktober yang lepas. Harga jualan siri iPhone 13 adalah bermula dari RM3,399 hingga RM7,599.

Menurut dari analisis yang dilakukan oleh TechInsights, kos pembuatan iPhone 13 Pro 256GB adalah sekitar $ 570 (RM2,383). Angka ini menunjukkan kenaikan sebanyak 4% berbanding kos pembuatan iPhone 12 Pro dengan storan yang sama dengan kos sekitar  $ 548 (RM2,291). 

Antara penyebab kenaikkan harga adalah cip baru A15 Bionic, jenis memori flash NAND dan juga subsistem paparan yang menyebabkan peningkatan kos pengeluaran. Masalah kekurangan bekalan cip serta sumber komponen untuk iPhone baru turut menyumbang kepada kenaikkan harga.

TechInsight turut membandingkan anggaran kos pembuatan bagi Samsung Galaxy S21+ 256GB yang dilihat lebih murah iaitu  $ 508 (RM2,124) dan harga jualan rasmi adalah  $ 1050 (RM4,391) sementara iPhone 13 Pro 256GB dengan kos $ 570 (RM2,383) dan harga jualan rasmi  $ 1099 (RM4,596).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN