Close

MacBook Pro baharu dilancarkan – Paparan ProMotion 120Hz dengan takuk serta pengecasan MagSafe

Pada acara Apple Event, Apple turut mengumumkan MacBook Pro baharu. Yang mana ia dikuasakan dengan cip terbaru iaitu M1 Pro dan M1 Max. Ia turut membawakan reka bentuk yang berbeza dari barisan MacBook yang terdahulu.

Pada model kali ini, Apple menggunakan paparan jenis Liquid Retina XDR dengan teknologi mini LED, yang sama seperti yang digunkakan pada iPad Pro. Ia turut menawarkan kecerahan 1000nits sehingga 1600nits dan tidak ketinggalan sokongan ProMotion 120Hz.


Untuk memberikan pengalaman skrin yang lebih luas, MacBook Pro hadir dengan rekaan skrin bertakuk yang mana ia turut menempatkan kamera dengan resolusi 1080P. Sekaligus menjadikan rekaan bezel jauh lebih nipis diantara 24%-60%.


Seperti namanya, MacBook Pro kini hadir dengan menyokong pelbagai sambungan port dengan tiga sambungan Thunderbolt 4, HDMI, 3.5mm bicu audio, pembaca kad SDXC dan membawakan semula pengecasan MagSafe.


Selain itu, MacBook Pro juga membawakan jangka hayat bateri lebih lama, sistem bunyi yang baru, mikrofon berkualiti studio dan lain-lain. MacBook Pro hadir dengan storan dalaman sehingga 8TB dan RAM sehingga 64GB.


Bagi harga jualan MacBook Pro 14 inci dijual pada tanda harga bermula RM8799 sementara MacBook Pro 16 inci pula dijual pada harga bermula RM10799.

ARTIKEL BERKAITAN