Close

Nothing ear (1) dijual dengan harga RM499 di Malaysia – Ini perkara yang anda perlu tahu

  


Nothing
 ear (1)  akhirnya memasuki pasaran Malaysia secara rasmi hari ini, selepas beberapa bulan ianya dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai yang lalu.

Seperti mana konsepnya, fon telinga tanpa wayar dari Nothing ini mempunyai keunikkan sendiri, yang mana fon telinga dan juga bekas simpanannya hadir dengan rekaan lut sinar.


Dengan rekaan lut sinar yang digunakan, ia membolehkan pengguna melihat bahagian dalaman bekas simpanan dan juga bahagian dalaman ear (1). Walaupun begitu, tidak kesemua bahagian dalaman komponen dapat dilihat.

Dari segi spesifikasi, ear (1) membawakan pemacu dinamik 11.6mm yang menawarkan audio yang lebih jelas dengan bass yang lantang dan penarafan IPX4. Turut menyokong Bluetooth 5.2 dengan format codec SBC dan AAC. Seperti fon telinga tanpa wayar yang lain, ia juga boleh dikawal menggunakan gesture.

Pada fungsi ANC, ia mempunyai dua tahap pembatalan bunyi iaitu persekitaran yang terlalu bising atau persekitaran yang lebih senyap. Pengguna juga boleh menggunakan mod tranparency atau mematikan ANC untuk menikmati penggunaan yang lebih lama.

Untuk jangka hayat bateri, jika menggunakan ANC ia mampu bertahan sehingga 4 jam namun apabila fungsi ANC dimatikan ia mampu bertahan sehingga 5.7 jam. Bekas simpanan boleh dicas dengan menggunakan port USB-C atau pengecasan tanpa wayar dengan teknologi Qi.


Untuk harga jualan, Nothing ear (1) dijual pada harga RM499 dan akan mula dijual pada 16 Oktober secara atas talian (Shopee) bermula 12AM atau anda boleh medapatkannya di pengedar rasmi Nothing.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN