Close

OnePlus 9RT akan mula dijual pada 19 Oktober ini

OnePlus mengesahkan yang mereka akan melancarkan satu lagi model iaitu OnePlus 9 RT iaitu kemaskini kepada model OnePlus 9 R , dan OnePlus juga telah mengesahkan spesifikasi utama mengenai peranti tersebut.

OnePlus 9RT akan dikuasakan dengan Snapdragon 888 dengan 12GB RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Turut hadir dengan skrin E4 120Hz dan bateri yang ditambah baik kepada 4.500 mAh dengan pengecasan 65W.


Selain itu, OnePlus 9 RT akan menjadi peranti pertama hadir dengan kadar persampelan sehingga 600Hz. Menurut OnePlus ciri ini memberikan peningkatan sehingga 57% pada klik dan 47% pada menatal yang mana ciri ini dibangunkan dengan kerjasama pasukan eSport OnePlus.

Di samping itu, OnePlus turut berkongsi mengenai perincian sistem penyejuk yang digunakan pada OnePlus 9RT. Menggunakan lima lapisan yang merangkumi sebahagian besar OnePlus 9 RT bagi menyelesaikan masalah kepanasan pada cip Snapdragon 888. Ia turut menyokong Virtual RAM sehingga 7GB.

OnePlus akan dilancarkan pada 13 Oktober  di China dan penjualan pertama akan bermula pada 19 Oktober, OnePlus 9 RT akan hadir dengan pilihan warna iaitu hitam dan perak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN