Close

Pengguna awal Google Pixel 6 dilaporkan mengalami masalah skrin menjadi hijau, berkelip dan muncul takuk kamera kedua

Bercakap mengenai kawalan kualiti perkakasan, Google bukanlah yang terbaik dalam hal itu. Kita telah pun melihat generasi pixel sebelum ini mengalami beberapa jenis masalah dan perkara tersebut turut berlaku kepada siri Google Pixel 6.

Antara masalah yang dilaporkan berlaku pada siri Google Pixel 6 adalah skrin menjadi berkelip-kelipskrin bertukar menjadi hijau dan juga munculnya punch hole kamera kedua. 

Mengenai masalah skrin berkelip-kelip, ia timbul apabila skrin dimatikan dengan menekan butang kuasa. Sementara masalah skrin menjadi hijau, ia bukanlah perkara baru bagi Pixel, sebelum ini pengguna siri Pixel 4 dan Pixel 5a turut melaporkan masalah yang sama. Dan ia juga bukan isu luar biasa bagi skrin jenis OLED. Beberapa pengeluar turut pernah mengalaminya seperti Apple, OnePlus dan lain-lain.

Namun masalah yang paling pelik adalah, Pixel 6 Pro dengan punch hole kamera kedua pada skrin yang bertindih dengan yang pertama. Menurut dari laporan, ia dikatakan seperti berlubang dan bukannya seperti masalah dead pixel. Tetapi masalah tersebut mungkin boleh diselesaikan dengan kemaskini baru.

Buat masa ini Google belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah ini. Siri Google Pixle 6 diumumkan pada 28 Oktober lalu dengan harga permulaan bermula dari $599 (RM2,480) untuk Pixel 6 dan $899 (RM3,722) untuk Pixel 6 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN