Close

Qualcomm Snapdragon 898 dan MediaTek Dimensity 2000 akan menggunakan binaan 4nm

Sebelum ini telah ada ura-ura mengenai Snapdragon 898 yang merupakan pengganti kepada Snapdragon 888. Yang mana ia akan dilancarkan sekitar Disember tahun ini.

Terkini, terdapat laporan baru yang mendedahkan tentang spesifikasi cip premium dari Qualcomm dan MediaTek. Yang mana maklumat ini telah di kongsi oleh Digital Chat Station melalui laman web Weibo.

Menurut dari maklumat yang dikongsi, Snapdragon 898 akan hadir dengan binaan 4nm lapan teras. Dengan 1x teras Cortex-X2 3.0Ghz, 3x teras prestasi Cortex-A710 2.5GHz dan 4x teras kecekapan Cortex-A510 1.7GHz dan turut dikuasakan dengan GPU Adreno 730.


Sementara Dimentsity 2000 pula hadir dengan 1x teras Cortex-X2 3.0GHz, 3x teras prestasi 2.85GHz dan 4x teras kecekapan 1.8GHz. Untuk grafik, ia dijana oleh GPU Mali-G710 MC10.

Dengan kedua-dua menggunakan spesifikasi yang lebih kurang sama, ia sesuatu yang menarik untuk melihat adakah ia akan membawakan prestasi yang lebih kurang sama atau Dimesity akan lebih baik berbanding Snapdragon.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN