Close

Qualcomm umumkan empat cip baharu


Qualcomm hari ini mengumumkan empat cip generasi baru bagi kelas permulaan dan pertengahan. Menfokuskan kepada sambungan rangkaian 5G. Dengan tiga daripadanya di bina menggunakan teknologi 6nm dan 8nm.

Antara cip baru yang diperkenalkan oleh Qualcomm adalah Snapdragon 778G+, Snapdragon 695, Snapdragon 480+ hadir dengan sokongan rangkaian 5G sementara Snapdragon 680 menggunakan rangkaian 4G.

Snapdragon 778G+ merupakan paling berkuasa dalam kelas pertengahan. Menggunakan teknologi binaan 6nm dengan teras Kyro 670 Prime 2.5GHz. Selain itu, ia tampil dengan GPU ADRENO 642L yang menjanjikan pretasi sehingga 20%. Model X53 5G digunakan dengan kemampuan muaturun sehingga 3.7Gbps dan muatnaik 1.7Gbps.

Bagi Snapdragon 695 pula ia adalah kemaskini kepada Snapdragon 690, kali ini hadir dengan sokongan mmWave 5G. Menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 15% dan prestasi GPU sehingga 30%. Menggunakan Kyro 660 dengan teknologi binaan 6nm.

Seterusnya adalah Snapdragon 680, yang mana ia masih lagi mengekalkan rangkaian 4G. Namun ia adalah gabungan dari ciri lama dan baharu. Di bina berdasarkana teknologi 6nm dengan teras Kyro 265 serta GPU Adreno 610.

Dan untuk cip yang terakhir adalah Snapdragon 480+, yang mana ia adalah siri 400 pertama dari Qualcomm dengan modem 5G yang menyokong sambungan sub-6 dan mmWave 5G.. Menjadikan ia sebagai cip dengan 5G mampu milik. Di bina berdasarkan teknologi 8nm dengan teras Kyro 460 pada 2.2GHz. Ia juga menyokong paparan sehingga 1080P+ dengan 120Hz.

Walaupun ia baru diumumkan, namun telah ada beberapa pengeluar seperti Nokia, Xiaomi dan Oppo yang sudah bersedia untuk memuatkan mana-mana cip bagi model mereka yang seterusnya. Ia sesuatu yang menarik untuk melihat cip dengan rangkaian 5G kini semakin berkembang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN