Melalui dari beberapa imej awal yang telah di kongsi di Weibo, memperlihatan siri Redmi Note 11 menampilkan kamera hadapan jenis punch hole dan juga menggunakan tetapan tiga kamera belakang. Selain itu, terdapat butang suara disebelah kanan, bicu audio 3.5mm dibahagian atas, IR dan juga pembesar suara yang ditala oleh JBL.
Untuk spesifikasi, varian Pro dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 920 dan menggunakan skrin jenis OLED 120Hz. Seterunsya bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W atau 120W. Sementara untuk varias asas ia mungkin dijana dengan cip MediaTek Dimensity 810, skrin LCD 120Hz, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Kita mungkin akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai siri Redmi Note 11 memandangkan hari pelancarannya yang semakin hampir. Sama-sama kita nantikan apa yang bakal ditawarkan oleh Redmi pada siri Note 11.