Close

Rekaan penuh siri Google Pixel 6 tertiris

Seperti yang telah diumumkan oleh Google, yang mana syarikat tersebut akan melancarkan generasi Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 6 dan juga Pixel 6 Pro pada 19 Oktober ini.

Melalui perkongsian terbaru dari @evleaks melaui Twitternya, yang memperlihatkan imej rasmi Pixel 6 dan juga Pixel 6 Pro. @evleaks juga adalah individu yang telah berkongsi pelbagai maklumat mengenai seperti spesifikasi, warna dan juga fungsi yang dibawakan oleh siri Pixel 6.

Melaui imej yang dikongsi, memperlihatan rekaan Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dari pelbagai sisi. Apa yang mencuri tumpuan adalah mengenai ketebalan kamera belakang pada kedua-dua model. Selain itu, ia juga memberikan gambaran yang jelas mengenai tiga kamera belakang pada Pixel 6 Pro dan dua kamera belakang pada Pixel 6.


Pixel 6 Pro akan membawakan tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP, kamera sudut lebar 12MP dan juga kamera telefoto 48MP. Sementara Pixel 6 pula tidak dilengkapi dengan kamera telefoto 48MP.

Selain dari rekaan, warna yang ditawarkan oleh siri Pixel 6 juga telah pun tertiris. Kedua-dua model membawakan tiga pilihan warna menarik iaitu Kinda Coral, Sorta Seafoam, Stormy Black untuk Pixel 6 dan Sorta Sunny, Cloudy White, Stormy Black untuk Pixel 6 Pro. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN