Close

Rusia haramkan penjualan 61 model Samsung kerana pelanggaran paten

Sebanyak 61 model Samsung diharamkan dijual di Rusia kerana pelanggaran paten berkaitan dengan perkhidmatan Samsung Pay. Selepas Samsung kalah dalam kes saman pelanggaran paten oleh Sqwin Sa. 
Yang mana Sqwin Sa lebih awal membawakan perkhidmatan sistem pembayaran menggunakan peranti di Rusia iaitu pada 2013, sementara Samsung Pay diperkenalkan pada tahun 2015 dan masuk ke Rusia setahun kemudian.
Berikutan dari itu, 61 model dengan ciri Samsung Pay telah diharamkan penjualanya antaranya adalah Samsung Galaxy Z Flip3 dan juga Galaxy Fold3. Samsung dijangka akan mengemukan rayuan ke atas keputusan mahkamah.
Samsung Pay merupakan perkhidmatan sistem pembayaran ketiga paling banyak digunakan di Rusia dengan 17% diikuti oleh Apple Pay 30% dan Google Pay 32%. Apple dan Google dijangka akan menjadi mangsa paten Sqwin Sa yang seterusnya berikutan kejayaan memenangi kes saman ke atas Samsung.

ARTIKEL BERKAITAN