Close

Siri Google Pixel 6 kini rasmi – Cip Google Tensor, kamera 50MP dengan harga bermula RM2,487


Google akhirnya mengumumkan secara rasmi generasi Pixel baru iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro, menerusi acara Pixel Fall Launch. Yang mana kedua-dua model didatangkan dengan cip baru, rekaan serba baru dan kali ini lebih premium dari barisan Pixel sebelumnya.

Dari segi rekaan, kedua-duanya membawakan rekaan yang sama. Turut dijanakan dengan cip pemproses Google Tensor 5nm octa-core. Cip keselamatan Titan M2 yang bertujuan untuk melindungi foto, teks, dan data sensitif dari serangan luar. Untuk Prestasi grafik ia menampilkan ARM Mali-G78 GPU.

Google Pixel 6 Pro

Pixel 6 Pro hadir dengan saiz yang lebih besar dan mempunyai kelebihan yang ketara berbanding Pixel 6. Skrin bersaiz 6.7 inci LTPO OLED dengan resolusi 1440P serta paparan 120Hz. Dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.


Membawakan RAM sehingga 12GB yang digabungkan dengan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Bateri kapasiti adalah 5003mAh merupakan bateri paling besar pernah digunakan Google, disertakan pengecasan pantas 30W, pengecasan pantas tanpa wayar 23W dan battery share 12W.

Pixel 6 Pro adalah kelas paling tinggi dengan kemampuan kamera yang lebih baik. Hadir dengan tetapan tiga kamera dengan sensor utama GN1 50MP , 12MP sudut ultra lebar dan 48MP telefoto dengan kemampuan 4x zum optikal dan 20x zum super res. Untuk kamera swafoto ia menggunakan sensor 12MP.


Untuk ciri lain, Pixel 6 Pro hadir dengan sokongan WiFi 6E, penarafan IP68, cip UWB, Bluetooth 5.2. 5G Sub 6Ghz mmWave serta pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan Android 12.

Google Pixel 6

Sementara Google Pixel 6 hadir dengan saiz skrin saiz 6.4 inci OLED dengan resolusi FHD+ serta paparan 90Hz. Turut dilindungi dengan Gorilla Glass Victus.


Di tawarkan dalam dua varian dengan RAM sehingga 8GB yang digabungkan dengan storan sehingga 256GB UFS 3.1. Dilengkapi dengang bateri 4614mAh bersama pengecasan pantas 30W, pengecasan tanpa wayar 21W dan battery share 12W.

Untuk fotografi, Pixel 6 hadir dengan dua tetapan kamera dengan sensor utama 50MP sudut lebar dan 12MP sudut ultra lebar. Manakal kamera swafoto menampilkan sensor 12MP. Pada model Pixel 6 ianya tidak dilengkapi dengan sensor telefoto 48MP.

Pixel 6 juga berkongsi ciri lain yang sama iaitu sokongan WiFi 6E, penarafan IP68, cip UWB, Bluetooth 5.2. 5G Sub 6Ghz mmWave serta pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan Android 12.


Google turut membawakan ciri dan fungsi kamera yang baru pada kedua-dua model, seperti mod motion, Face Unblur, mod Potret, Magic Eraser, Live Translate, Baby Face dan beberapa lagi fungsi menarik turut diperkenalkan. Selain itu, Google turut memberikan kemaskini keselamatan selama 5 tahun pada kedua-dua model.

Google Pixel 6 Pro ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Cloudy White, Sorta Sunny, dan Stormy Black.  Dengan harga jualan bermula $ 899 (RM3,734) yang menampilkan tiga konfigurasi iaitu 12/128GB, 12/256GB dan 12/512GB.


Bagi Google Pixel 6 ia turut membawakan tiga pilihan warna iaitu Sorta Seafoam, Kinda Coral dan Stormy Black. Harga jualan bermula pada $ 599 (RM2,478) yang menampilkan dua konfigurasi iaitu 8/128GB dan 8/256GB.


Pra tempahan telah pun dibuka dengan penghantaran pertama adalah pada 28 Oktober, namun buat masa ini ia hanya tersedia pada lapan negara sahaja iaitu United Kingdom,United States, Australia, Canada, France, Germany, Japan dan Taiwan. 

ARTIKEL BERKAITAN