Siri Google Pixel 6 peranti pertama yang akan menerima kemaskini Android 16 - FUZZ.MY

Tuesday, October 12, 2021

Siri Google Pixel 6 peranti pertama yang akan menerima kemaskini Android 16


Dalam beberapa hari sahaja lagi Google akan melancarkan generasi baru Pixel iaitu Pixel 6 dan Pixel 6 Pro. Yang mana ia akan dikuasakan dengan cip Google Tensor yang dibangunkan oleh Google dengan kerjasama Samsung.


Berikutan hari pelancaran yang semakin dekat, semakin banyak maklumat yang tertiris. Terbaru, siri Pixel 6 akan mendapat kemas kini 5 tahun dan akan menjadi peranti pertama yang akan tersenarai dalam kemas kini Android 16.



Menurut laporan dari @OXIR melalui Twitternya, siri Pixel 6 akan dijual dengan Android 12. Dan akan menerima kemas kini Android utama sehingga 4 tahun, bermaksud siri Pixel 6 akan menerima kemas kini Android 13, 14, 15 dan 16. Sekaligus akan menjadi perantin pertama yang disahkan akan menerima kemas kini Android 16.


Sebelum ini Google hanya memberikan tiga tahun kemas kini dengan 2 tahun kemas kini Android dan 1 tahun kemas kini keselamatan. Dan siri Pixel 6 merupakan peranti pertama dalam kalangan Android yang menerima kemas kini sehingga 5 tahun.


(Sumber)