Close

Siri Google Pixel 6 sah akan hadir dengan kamera utama 50MP, pengecasan 33W, dan penarafan IP68

Hari pelancaran siri Google Pixel 6 akan tiba tidak lama lagi, berikutan itu beberapa maklumat awal mengenai siri Google Pixel 6 telah pun di sahkan. Antaranya adalah seperti harga jualan, kamera yang yang digunakan dan lain-lain.

Menurut dari perkongsian dari Evan Blass melalui Twitternya, yang sekaligus menjawab beberapa maklumat awal mengenai siri Google Pixel 6. Walaupun imej yang dikongsi tanpa sebarang teks atau maklumat tetapi ia memberikan gambaran yang maklumat sebelum ini adalah tepat.

Mengenai kamera pada siri Pixel 6, Google buat pertama kalinya menggunakan perkakasan kamera yang terkini yang digabungkan dengan perisian kamera terbaik dari Google. Membawakan kamera utama dengan sensor GN 1 50MP, telefoto 48MP dan ultra lebar 12MP.


Selain itu, terdapat imej yang memperlihatkan siri Google Pixel 6 dengan percikan air pada panel belakang, sekaligus mengesahkan ia bakal tampil dengan penilaian IP68 seperti mana pada Pixel 5.

Terdapat juga imej peranti dengan pengecasan berwayar yang tidak lagi tersedia dalam kotak yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kedua-dua model menyokong pengecasan tanpa wayar namun pada Pixel 6 Pro ia hadir dengan 23W.


Siri Google Pixel 6 juga akan menjadi peranti pertama dengan Android 12, yang mana akan membawakan perubahan yang kritikal buat pertama kali dalam beberapa tahun. Siri Google Pixel 6 juga juga menampilkan rekaan yang sangat berbeza dari barisan Pixel sebelum ini dan merupakan peranti yang ditunggu-tunggu oleh Tech enthusiast.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN