Close

Siri Redmi Note 11 akan hadir dengan pengecasan pantas 120W


Redmi yang merupakan sub-jenama kepada Xiaomi telah pun menjadualkan pelancaran siri baru Redmi Note pada 28 Oktober. Bagi menggantikan model sedia ada iaitu siri Redmi Note 10.

 Terkini melalui laman web rasmi Weibo, siri Redmi Note 11 dijangka akan disertakan dengan pengecasan pantas 120W. Sekaligus menjadi peranti kelas pertengahan pertama yang hadir dengan ciri sebegitu.

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh Digital Chat Station pada dua minggu yang lalui. Di mana kelajuan pengecsan pantas pada siri Redmi Note 11 akan ditingkatkan kepada jumlah yang lebih besar berbanding pada model semasa iaitu 67W untuk pasaran China dan 33W untuk pasaran Global.

Kami menjangkakan ciri pengecasan pantas 120W akan tersedia untuk pasaran Global seiring dengan pengenalan Mi 11T Pro yang tampil dengan pengecasan pantas yang sama untuk pasaran Global.

Siri Redmi Note 11 juga telah dikesan di Geekbench, dengan nombor model l21091116C / 21091116UC disenaraikan dengan RAM 8GB, Androd 11 dan juga dengan Dimensity 920.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN