Close

Skor penanda aras Google Pixel 6 berada di bawah Snapdragon 888 dan Exynos 2100

Seperti yang kita tahu, Google menampilkan cip pertama mereka pada siri Pixel 6 iaitu Tensor dengan binaan 5nm. Dengan konfigurasi lapan teras yang berbeza iaitu dua teras Cortex-X1, dua teras Cortex-A76 dan empat teras A55.

Teras X1 adalah cukup popular pada tahun ini , di mana Snapdragon 888 dan Exynos 2100 turut menggunakannya. Dan tidak mengejutkan mengenai prestasi yang dibawa oleh Tensor. 

Berdasarkan dari skor yang diperolehi melalui penanda aras Geekbench, memperlihatkan skor teras tunggal untuk Pixel 6 adalah 1030 dan 1043 untuk Pixel 6 Pro. Sementara pada Snapdragon 888 (Black Shark 4 Pro) ia mendapat skor 1116 dan Exynos 2100 (S21 Ultra) 1055. 

Dan untuk multi teras pula skor Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dilihat jauh ketinggalan di antara Snapdragon 888 dan Exynos 2100. Ia kerana Tensor menggunakan teras Cortex-A76 (dari 2018) sementara Snapdragon 888 dan Exynos menggunakan teras Cortex-A78.

Walaupun begitu, untuk penanda aras grafik. GPU Mali-G78 pada Tensor dilihat membawakan pretasi yang mengagumkan berbanding pada kebanyakkan peranti Android yang lain melalui ujian 3DMark’s Wildlife Extreme.


Dengan skor penanda aras Tensor yang kurang berkuasa pada Pixel 6 dan Pixel 6 Pro ia mungkin sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada penjualan siri Pixel 6 kelak.

(Sumber) 

ARTIKEL BERKAITAN