Close

Xiaomi mengumumkan senarai awal peranti yang akan menyokong Android 12


Google telah pun melancarkan kod sumber Android 12 secara rasmi pada AOSP (Android Open Source Project). Ini bermaksud bahawa sistem Android 12 kini adalah rasmi. Dan dijangkakan dalam beberapa minggu lagi ia akan mula tersedia pada peranti Pixel, Samsung, OnePlus, Oppo, Realme, Vivo dan Xiaomi.

Android 12 akan membawakan sejumlah peningkatan dari segi antara muka yang dikenali sebagai Material You. Dari segi prestasi pula, Android 12 akan membawakan prestasi sistem yang lebih pantas dan efisien, yang meningkatkan masa permulaan aplikasi serta mengoptimumkan I/O bagi mempercepatkan aplikasi.

Berikutan itu, Xiaomi telah pun mengumumkan senarai awal peranti yang akan menyokong naik taraf ke Android 12. Ketika senarai ini dikeluarkan terdapat beberapa model yang telah pun melalui ujian dalaman bagi Android 12.

Senarai awal ini merangkumi peranti dari tahun 2020 dan 2021, bagi peranti yang dilancarkan pada tahun 2019 dan ke bawah tidak dapat dipastikan adakah ia juga akan menerima kemas kini Android 12.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN