Close

Xiaomi Mi TV P1 – Televisyen pintar dengan fungsi menarik dan harga promosi!

Di era teknologi kini, bukan sahaja telefon pintar sahaja yang menerima perubahan besar seiring dengan teknologi, malahan teknologi TV juga berevolusi. Jika diimbas kembali pada 5 atau 10 tahun kebelakang TV hanya mempunyai fungsi yang terhad, rekaan yang besar dan tebal.
Tapi kini, Xiaomi Mi TV P1 55″ mempunyai segalanya dari segi fungsi, kualiti binaan dan juga rekaan. Merupakan salah satu produk dari Xiaomi, dengan reputasi yang dimilikinya ia menjadi salah satu produk yang patut diberikan perhatian penuh.
Reka Bentuk 
Perkara pertama yang diperhatikan sebaik sahaja melihat Mi TV P1 55″ adalah mengenai bingkai yang sangat nipis. Sekaligus menjadikan reka bentuk sangat minimalis biarpun bersaiz 55-inci.
Dengan rekaan bingkai sebegitu, ia memberikan pengalaman menonton yang lebih baik dan penuh. Nisbah skrin yang lebih tinggi dengan sudut pandang 178 ° turut menghadirkan pengalaman yang berbeza ketika menonton.
Pada bahagian bawah bingkai terdapatnya logo Mi dengan bezel yang agak tebal, namun ianya tidak langsung mengurangkan pengalaman ketika menonton. Bahkan selepas beberapa kali menggunakannya saya tidak lagi perasan mengenainya.
Paparan
Dari segi paparan, Mi TV P1 55″ menawarkan resolusi 4K dengan sokongan HDR 10+ dan Dolby Vision. Dengan menyokong kedua-dua format tersebut, semua kandungan akan dioptimumkan sekaligus menjadikan warna yang dihasilkan lebih cantik, lebih-lebih lagi ketika bermain permainan video atau menonton animasi. 

Selain itu, ia turut membawakan beberapa ciri lain seperti warna Gamut DCI-P3 sehingga 94% dan sokongan warna 1.07 billion, menjadikan kualiti gambar seakan nyata dengan warna-warna cerah bersama perinciannya yang sangat jelas.
Untuk menjadikan pengalaman menonton yang lebih menakjubkan, aktifkan fungsi MEMC (Motion Estimation, Motion Compensation) yang mana fungsi ini akan memberikan pengalaman menonton yang lebih lancar, lebih-lebih lagi untuk kandungan seperti acara sukan, perlumbaan motor dan banyak lagi.
Pelbagai Jenis Sambungan
 
Untuk pilihan sambungan, Mi TV P1 55″ mempunyai enam jenis pilihan sambungan. Semuannya dibahagikan kepada beberapa segmen. Iaitu tiga HDMI, dengan salah satunya menyokong standard eARC untuk menjadikan audio lebih berkualiti tinggi, dua port USB 2.0, satu port Ethernet, satu port Broadcasting System, bicu 3.5mm dan port Composite In (AV).
Ia turut merangkumi sambungan Bluetooth 5.0 dan sokongan WiFi dengan frekuensi 2.4GHz dan 5GHz.
Penawaran pilihan sambungan pada Mi TV P1 dilihat sangat ideal. Yang mana semua sambungan tidak kira jenis lama atau baru disokong. Xiaomi telah melakukan kerja yang sangat baik dalam pemilihan sambungan dan ianya wajar di puji.
Perisian
Beralih kepada perisian. Mi TV P1 menajalankan Android TV 10 dan cara penggunaan cukup mudah. Pada skrin utama terdapatnya aplikasi yang di susun dengan sangat baik dan menjadikan aplikasi mudah untuk dicari. Selain itu, pilihan mengakses aplikasi juga mudah tanpa perlu masuk ke bahagian menu.
Pengguna juga boleh log masuk ke Play Store dengan akaun Google untuk membolehkan memuat turun lebih banyak aplikasi seperti Disney Hotstar, IQiy dan banyk lagi.

Menariknya, Alat kawalan jauh juga turut mempunyai mikrofon terbina di bahagian atas yang menyokong Voice Assistant dan ia berfungsi dengan sangat baik. Tidak ketinggalan ciri Chromecast juga tersedia untuk digunakan membolehkan pengguna menghantar kandungan media dari sumber lain terus ke TV untuk dimainkan.

Menyentuh mengenai audio, Mi TV P1 mempunyai audio yang sangat baik dengan sokongan Dolby Audio dan Digital Theatre Systems (DTS) yang memberikan pengalaman audio seolah-olah menonton di pawagam melalui dua pembesar suara 10W.
Kesimpulan

Dengan harga RM 2,499, apa yang boleh katakan Xiaomi berjaya menghasilkan satu produk yang sangat baik secara keseluruhan. Penawaran yang ada Mi TV P1 adalah sangat berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan. Jadikan setiap pengalaman menonton anda lebih bernilai dengan memiliki Mi TV P1 55″.
Untuk pembelian, anda boleh tekan pada pautan di bawah. Terdapat juga promosi sempena jualan 10/10 di Shopee untuk anda dapatkan dengan harga lebih berpatutan :

ARTIKEL BERKAITAN