Close

Apple dijangka akan menggunakan modem sendiri bermula tahun 2023

Umum tahu yang Apple menggunakan modem Qualcomm pada barisan peranti mereka, dalam masa yang sama Apple mencari alternatif untuk tidak lagi menggunakan modem pihak ketiga pada peranti mereka.

Menurut laporan baharu dari Nikkei Asia, Apple dijangka akan mula menggunakan modem 5G yang dibangunkan sendiri bermula pada 2023. Yang mana ia dibina berdasarkan teknologi 4nm dengan kerjasama TSMC.

Sebelum ini pakar tiris Ming-Chi Kuo turut menyatakan perkara yang sama mengenai Apple akan bertukar kepada modem sendiri bermula pada 2023.

Apple turut mengesahkan yang mereka sedang membangunkan modem 5G sendiri dan telah membuka pusat R&D khusus yang berpengkalan di Munich, Jerman. Apple kini berada dalam proses peralihan untuk menggurangkan pengguna komponen dari pihak ketiga.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN