Close

Apple kini membenarkan pengguna membaiki iPhone sendiri melalui program “Self Service Repair”

 

Apple hari ini mengumumkan program baik pulih sendiri yang dinamakan sebagai “ Self Service Repair ”, dengan program ini ia membolehkan pengguna menyelesaikan masalah peranti mereka sendiri seperti penggantian bateri, penggantian skrin dan banyak lagi.

Melalui program baik pulih sendiri, pengguna boleh mendapatkan pelbagai alat ganti dan komponen tulen dari Apple untuk melakukan baik pulih sendiri.

Bagi fasa pertama program ini akan memfokuskan kepada komponen iPhone yang biasa diganti seperti  skrin, bateri, dan kamera. Akan lebih banyak komponen akan ditambah ke dalam senarai pada tahun hadapan untuk program baik pulih sendiri.

Untuk permulaan program baik pulih sendiri ini, ia akan tersedia untuk iPhone 12, iPhone 13 dan dikuti oleh M1 Mac pada tahun akan datang. Program ini akan dilancarkan pada awal 2022 bermula di Amerika Syarikat dan seterusnya ke negara-negara lain.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN