Close

Apple Watch terus menguasai pasaran jam tangan pintar

Counterpoint telah pun mengemaskini laporan berkenaan pasaran jam tangan pintar global bagi suku ketiga pada 22 November lalu. Menunjukkan peningkatan sebanyak 16% bagi pasaran jam tangn pintar global yang turut merekodkan pertumbuhan yang ketara berbanding suku sama sebelumnya.

Penyumbang terbesar bagi pasaran jam tangan pintar global adalah Apple Watch dengan 21.8% daripada jumlah keseluruhan pasaran global walaupun menunjukkan penurunan dari 28.0%. Sekaligus menjadikan Apple berada di keduduakan pertama di dalam carta. Biarpun siri Apple Watch 7 berhadapan dengan masalah kelewatan.

Samsung melonjak di kedudukan kedua, yang mana penyumbang utama syarikat dari Korea itu adalah melalui siri baru model Galaxy Watch 4, dengan peningkatan dari 9.9% kepada 14,4%. Sementara dikedudukan ketiga adalah Amazfit Huami Technology dengan 5.8%. Merekodkan percambahan yang baik berikutan peningkatan jualan Amazfit di pasaran Eropah.

Counterpoint turut menyenaraikan beberapa jenama lain yang seperti Noise dan boAT yang menunjukkan peningkatan dalam pasaran jam tangan pintar global. Yang berkemungkinan akan menjadi pencabar dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN