Close

Fungsi Face ID di iPhone 13 hilang jika skrin diganti oleh pihak ketiga



Siri iPhone 13 menampilkan reka bentuk yang sama seperti siri iPhone 12. Namun begitu terdapat beberapa perubahan kecil seperti dari segi kedudukan kamera belakang dan takuk yang lebih kecil.

Bercakap mengenai takuk yang lebih kecil pada siri iPhone 13, terdapat maklumat yang tidak didedahkan mengenai perubahan tersebut iaitu skrin dengan sistem Face ID kini telah disatukan. Di mana cip yang sebelum ini terletak pada kabel fleks telah disambungkan pada papan induk skrin.

Oleh yang demikian jika anda menukar skrin pada pihak ketiga ia akan menghilang fungsi Face ID. Namun terdapat satu cara untuk pihak ketiga mengekalkan fungsi Face ID, iaitu dengan memindahkan cip ke skrin baharu. Tetapi ia adalah kerja yang sangat rumit berbanding sebelum ini.

Dengan proses yang rumit untuk mengekalkan fungsi Face ID ia menjelaskan bahawa Apple menentang baik pulih pihak ketiga. Jika dipandang dari sisi lain ia membawakan keuntungan pada Apple namun disebaliknya Apple lebih mementingkan keselamatan pengguna dari segi data dan diri pengguna itu sendiri.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN